Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis Tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rosuulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(HR Al Bukhori)
Pagar Kedua (2) -
Berwuduk sebelum tidur,
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allaah Subhaabahu Wa Ta`ala, kepada mereka.
Sabda Rosuulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam,: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allaah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allaah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
(HR At Tabraaniy dengan sanad yang baik)
Pagar Ketiga (3) -
Mengambil berat tentang sholat berjemaah
Mengambil berat tentang sholat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.
Bersikap sambil lewa terhadap sholat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.
Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rosuulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, telah bersabda :
Maksudnya: *Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan sholat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan sholat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.*
(HR Abu Daud dengan sanad yang baik)
Pagar Keempat (4) -
Mendirikan Sholat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan sholat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya.
Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersholat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rosuulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rosuulullaah pun bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"
(HR Al Bukhori dan Muslim)
Pagar Kelima (5) -
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian ditelah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rosuulullaahi Shollallaahu A`laihi Wasallam, mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allaah. Ya Allaah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
(Riwayat Al Bukhori dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) -
Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :
"Ya Allaah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allaah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
(Riwayat Abu Daud dan menurut Al Albaaniy sanadnya baik)
Pagar Ketujuh (7) -
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat Al Kursi dan berzikir kepada Allaah sehingga terlelap
Dalam satu hadits shohih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
*Barangsiapa yang membaca ayat-ayat Al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allaah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi*.
WALLAAHUA`LAM...BISSHOWAB.
Asslamualaikum....
BalasHapussaya hanya sebagai perantara untuk menyampaikan tentang pesugihan tanpa tumbal, bisa menyelesaikan permasalahan hidup halal dunia aherat.
Permasalahan akan tuntas dengan ilmu goip yang kasat mata.
Ritual adalah jalannya ilmu goip menuju kesuksesan
= penarikan dana goip
= pelancar rizky
= pelaris usaha dagang
= Uang balik (UB)
insyallah akan sukses jika anda mau mengambil keputusan untuk mengikuti pesugihan ini. ingat bahwa kita yang menjalakan tapi allah yang akan menentukan hasilnya.
JIKA TEMAN TEMAN BERMINAT, YAKIN DAN PERCAYA INSYA ALLAH AKAN BERHASIL, SAYA SENDIRI SUDAH BUKTIKAN ALHAMDULILLAH BERHASIL. JIKA ANDA BERMINAT SILAHKAN HUBUNGI KYAI RONGGO KUSUMO DI 082349356043 info lebih lengkap kunjungi
www.ronggo-kusumo.blogspot.com
Alamat kyai ronggo : Jl. Brawijaya No. 20, Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia