Batu permata Ya’kub, atau dikenali dengan batu permata delima, sifat
batu ini keras lagi berat, sangat jernis warnanya, dan jika warna yang
lain daripada warna hijau, sangat payah hangus apabila dibakar dengan
api, dan batu delima yang terlebih baik ialah warna yang merah yang
sejahtera daripada rengkahan dan sumbil.
Jika hendak memilih batu delima, pilihlah batu yang merah atau kuning atau hijau atau puteh, adapun warna yang lain daripada empat ini, kurang ia pada kemulian dan pada pihak khasiatnya.
Sesiapa memakai cincin permata delima atau menanggongnya, nescaya Allah menghidarkan daripada sebarang penyakit terutamanya penyakit taun, walaupun taun sedang merebak dimerata tempat dengan izin Allah swt.
Tersebut dalam kitab Hadiqatul Azhar, faedah sesiapa bercincin dengan ya’kub merah (delima yang merah) atau dikenakan pada tubuhnya, nescaya terhidar daripada penyakit gila, babi, taun.
Sesiapa menanggong ya’kub kuning atau bercincin dengannya, nescaya
menegah daripada ikhtilam (minpi yang buruk), bagitu juga delima puteh,
Allah swt.meluaskan rezeki untuknya .
hp;082225708524
Tidak ada komentar:
Posting Komentar